1/07/2011

Tidak ada anak yang tidak sah..Yang ada Ibu Bapa yang tidak sah...

Salam...

Cuma menyuarakan rasa hati..

Pagi ni baca berita harian online...judul: PASANGAN KEKASIH TANAM JANIN BARU DIGUGURKAN..Ya Rabbi..Sekarang bukan fesyen ja jadi trend...tapi buang bayi pun jadi trend...bila semakin berleluasa..dorang macam ambil sikap "alah orang lain pun buat"...Kesian baby2 yang kena tanam samada hidup2 atau yang sudah mati...Baby2 tu bukan salah pun...Aku terfikir gelaran anak tidak sah..kenapa panggil begitu...bukan salah anak tu..yang salah mama bapa dorang..patut pihak-pihak yang berkenaan tukar title tu...tiada anak tidak sah tapi yang ada ibubapa yang tidak sah...

Aku bukan baik sangat...semua orang buat salah..tapi yang ini?buang bayi..Nauzubillah min zaliq...
_____________________________________________________________________________________

Pasangan kekasih tanam janin baru digugurkan


2011/01/06
SEPANGGAR: Sepasang kekasih sempat menjamu selera di Pusat Komersial Salut di sini selepas menanam janin dipercayai baru digugurkan di kawasan lapang berhampiran kawasan itu, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ini adalah kes kedua pembuangan janin yang dilaporkan dalam kawasan sama selepas yang pertama pagi kelmarin. Perbuatan pasangan terbabit dilihat dua pekerja kilang, Noor Mohamad Mat, 23 dan Pance Fransisu, 22, yang kebetulan minum sambil berbual di sebuah kedai makan berhampiran. Noor Mohamad berkata, mereka terlihat wanita bertudung itu duduk mencangkung manakala pasangannya menggali tanah sebelum memasukkan sesuatu lalu menimbusnya.

"Selepas itu, lelaki berkenaan dilihat berjalan ke arah sebuah Proton Iswara yang dihentikan berhampiran untuk mengambil sebotol air. Dia kemudian menyiram lubang yang baru ditimbus itu, diikuti wanita terbabit.

"Kami nampak mereka masuk ke restoran bersebelahan dan memesan makanan sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

"Saya dan rakan berasa tidak sedap hati lalu mengorek lubang yang baru ditimbus selepas pasangan berkenaan beredar.
"Selepas dikorek, kami temui kotak berisi bungkusan kain putih dan sebaik dibuka, kami terkejut melihat janin yang masih berdarah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Katanya, pihaknya giat mengesan kenderaan dinaiki pasangan terbabit manakala janin yang dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-242111.

Kelmarin, seorang tukang cuci menemui janin dalam tong sampah tidak jauh dari tempat kejadian.

1/06/2011

Baby Ika Merajuk



Salam...

Yeaaaaaaaaaaaaaa hari ni baby ika mau sudah sama aku..sejak hari pertama bekerja..balik dari kerja dia lansung nda tengok muka aku..aku panggil2 dia pusing muka..sengaja2 tengok tempat lain..berterusan sampailah tiga hari..aku ingat pasal aku pakai tudung dia nda cam aku..jadi cepat2lah kunun p mandi...kasi bersih mekap...tapi sama juga respon dia..

Hari ni aku balik rumah...Sekali panggil baby ika dia senyum nda menampakkan gigi (sebab belum tumbuh gigi)...hahahha...iski aku..kami pun bermain sampai dia ketawa lakak-lakak (lakak-lakak tu ketawa besar) jadi hari ini kembali seperti biasa...harap2 bisuk nda la dia merajuk lagi..

Hairan aku..baby pun pandai merajuk...ika ika...

Wasalam

jangan....T_T

aku punya masa..
jangan biar aku menunggu mu..

1/04/2011

Allah Tahu..

Allah tahu...

Jika aku merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha..

Ketika aku merasa sendirian dan teman-temanku terlalu sibuk untuk menelefon..
Allah sentiasa berada di sampingku...

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan aku merasa tertekan..
Allah dapat menenangkan ku..

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan aku berasa takjub...
Allah telah tersenyum padaku...


Siti Zarith Sofia Hussin

1/03/2011

Hari Pertama

Salam...

Hari ni hari pertama aku melapor diri di JPANS...Bahagian perancangan korporat..Alhamdulilah..Semua berjalan lancar..Orangnya pun baik-baik belaka..^_~ ...Cuma masih skema la..hihihi..Biasalah hari pertama...^_~.. Semoga esok lebih baik...Wasalam...

1/01/2011

Happy New Year!

☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆
╔╗╔╦══╦═╦═╦╗╔╗ ★ ★ ★
║╚╝║══║═║═║╚╝║ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆
║╔╗║╔╗║╔╣╔╩╗╔╝ ★ NEW YEAR
...╚╝╚╩╝╚╩╝╚╝═╚╝ ♥¥☆★☆★☆¥♥ ★☆