Assalamualaikum...
Hari ni ambil kesempatan menulis di blog ku ini yang lama tidak dikunjungi...Malahan lupa lagi password dan email..terpaksa jadi CSI untuk seketika...hehehe...
Tahun 2014...
Semoga diberikan rezeki yang banyak dan berkah dari Illahi...
Alhamdulilah tahun ini aku diberi penghargaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atas kecemerlangan berkhidmat sepanjang tahun 2013 oleh jabatan...syukur Ya Allah...semoga bertambah rezeki dalam apa jua bentuk...Aamiin...
Tahun 2014...
Allah s.w.t juga memberikan ujian kepada kami semua...keluarga kembangan...
Pemergian bapa saudara Abdul Razak Abdul Hamid (sebelah ibu)...semoga pemergian mu diiringi rahmat dari Illahi...Allah s.w.t lebih menyayangi mu dan mahu engkau berehat dari sakitmu....Amiin...
Bapa saudara (sebelah bapa) yang kini sedang sakit..baru kelmarin dipindahkan ke wad biasa setelah 2 minggu dimasukkan ke ICU...Syukur Ya Allah...Syukur Alhamdulilah...walaupun sayu sekali melihat fizikalnya yang semakin kurus..pasti ramai yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan mu...Hanya semangat yang engkau perlukan kini untuk bangkit semula..
Yakinlah...
"Setiap sakitmu itu adalah ujian dan penghapus dosa mu"
Di kesempatan ini juga aku mendoakan semoga Allah s.w.t melindungi Allahyarham bapa..yang sudah 14 tahun meninggalkan kami sekeluarga...lapangkan dan terangkan kuburnya...rimbunkan pepohon disekelilingnya untuk tempat dia berlindung...ampunilah segala dosanya Ya Allah...tenanglah engkau di alam sana...Aamin...
Semoga juga engkau sihatkan tubuh badan ibu...dari sebarang penyakit....panjangkanlah usianya Ya Allah...Aamiin....Aamiin Ya Rabbal Alamin.....
Sekian sahaja dariku buat masa ini...
Masa untuk fokus semula kepada kerja...semoga tugasan yang diberikan selesai hari ini...
As salam.. :)
No comments:
Post a Comment