5/09/2011

Selamat Pengantin Baru Sahabatku Che Yah..



Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat. Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa. Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan.


Perkahwinan mengandungi beberapa hikmah antaranya ialah :-

1) Perkahwinan memberi ketenangan hidup kasih sayang dan rahmat dari yang Maha Esa. Firman Allah swt dalam Al-Quranul Karim:

ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان فى ذالك لاءايات لقوم يتفكرون- الروم 21

Maksudnya : Sebahagian daripada tanda- tanda kebesaran Allah bahawa ia menjadikan bagi diri kamu pasangan supaya kamu dapat hidup harmoni disampingnya dan allah menjadikan dengan sebabnya kasih sayang dan rahmat sesunguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berfikir


2) Memelihara kesuciaan diri . Dengan perkahwinan juga dapat menghindari daripada penyakit kelamin seperti Aids dan HIV. Sebagimana kita tahu, penyakit tersebut adalah hasil daripada perbuatan sumbang yang dilaknat Allah.

Selain itu, setiap satu titisan air daripada mandi janabah akan diberi pahala 10 hasanah dan menghapuskan sepuluh kejahatan.


3) Perkahwinan adalah salah satu tuntutan syarak. Barang siapa yang menentang konsep perkahwinan, ia dikira bukan daripada umat Nabi Muhammad saw.

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى


4) Perkahwinan juga disyariatkan untuk menjaga keturunan. Dengan perkahwinan lahirnya zuriat yang sah disisi Allah seterusnya berkembang biak kepada anak , cucu dan seterusnya menjadi satu masyarakat. Anak yang dilahirkan dengan proses perkahwinan yang sah daripada darah daging ibu dan ayahnya yang sah, maka nasab anak tersebut boleh dihubungkan dengan bapanya dan seterusnya hukum pusaka dan mempusakai dapat dilaksanakan di antara anak dan ayahnya.

والله جعل لكم من انفسكم ازواجا وجعل لكم من ازواجكم بنين وحفدة ورزقكم من الطيبات

Artinya : Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi mu dari isteri- isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki dari yang baik-baik - Annahli 72


5) Dengan perkahwinan juga, dapat menghubungkan kerjasama dan tangunggjawab di antara pasangan suami isteri dalam melayar bahtera kehidupan rumah tangga lebih- lebih lagi apabila mereka telah dikurniakan anak. Maka sikap bertanggungjawab dan bekerjasama sangat dituntut untuk melahirkan keluarga yang harmoni.


Allah Taala memberi ungkapan yang sangat simbolik untuk menggambarkaan hubungan yang rapat diantara suami dan isteri dengan firmannya,

هن لباس لكم وانتم لباس لهن

Ertinya, Para isteri menjadi pakaian bagi suami dan bagi suami menjadi pakaian bagi isteri - al- Baqarah 187


Selamat Menempuh Fasa Baru dalam kehidupan sahabatku Rosiah Abdul Rahman @ Che Yah dan suami...luv u friend....Dariku Zarith Sofia..

No comments: