Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang! MINE!!!
TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!
11/04/2011
10/20/2011
Doaku Untukmu
baru selesai baca satu situasi yang menarik dalam Majalah Solusi. (bukan sembarang majalah..sgt berinformasi) untuk dikongsi bersama..aku taip jugalah...tapi x full story ok...yg aku rasa menarik ja...
_______________________________________________________________________________________
Ali: Bagaimana dengan anak kau?
Ahmad: Macam itu juga. Sudah beberapa hari tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja.
Ali: Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul Hampir setiap yang aku doakan mustajab. Tapi kau....
Ahmad: Kenapa dengan aku?
Ali: Mad, aku lihat doamu tidak mustajab.
(Ahmad senyum)
Ali: Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh senyum?
Ahmad: Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulilah.
Ali: Doa yang mana?Sebab aku tidak lihat apa-apa perubahan pada kau.
Ahmad: Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya.
Pengajaran: Doa kita untuk sahabat,saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, ia jarang dibuat oleh kita. Manusia selalu mementingkan diri, sekalipun dalam doanya kepada Allah.
____________________________________________________________________________________
Wasalam....semoga bermanfaat buat kita....:)

9/01/2011
Sakit itu tanda Penghuni Syurga?
As salam...
Kematian itu sesuatu yang pasti....
Hari ini(1 September) ada saudara terdekat yang telah menemui Illahi....Innalilahwainalilahirojiun...
bila dikenang kembali...aku terfikir..
memang benar Allah itu Maha Penyayang...
usia yang lanjut mungkin jadi penyebab arwah meninggal dunia..
namun..sepanjang dia meniti usia tuanya..
dia diberi cubaan dan dugaan dalam menghadapi sakit tuanya....
Ya Allah..aku berfikir....
betapa kau sayangkan hamba Mu....mungkin ada hikmah disebalik semua itu..
kau beri sakit itu demi untuk menghapus dosa-dosa lalunya...
-------------------------------------------------------------------------------------
Sebagaimana sabda Nabi kita Muhammad bin Abdillah shallallahu alaihi was sallam:
Seorang arab badui (orang arab yang nomaden) mendatangi Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam, lalu Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, “Apakah kamu pernah sakit ummu milldam?” Dia menjawab, “Apa itu ummu milldam?” Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, “(Penyakit yangpent) panasnya di antara kulit dan daging (kitapent)[9]”. Dia menjawab, “Tidak”. Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam bertanya lagi, “Apakah engkau pernah sakit Shod’u ?” Dia menjawab, “Apa itu Shod’u ?” Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, ““(Penyakit yang disebabkan olehpent) angin yang menekan urat kepala[10]”. Dia mengatakan, “Tidak”. Ketika orang tersebut pergi Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam mengatakan, “Siapa yang ingin melihat seseorang yang merupakan ahli neraka maka lihatlah orang ini”[11].
Berkaitan dengan hadits ini Syaikh Husain Al ‘Uwaysyah hafidzahullah–salah seorang murid senior Syaikh Al Albani- mengatakan, “Hadits ini mengandung faidah bahwa seorang mukmin dicoba dengan ujian berupa penyakit-penyakit, kelaparan, musibah yang kesemuanya itu dapat menghapus dosa-dosanya”[12].
Maka sekali lagi kukatakan padamu wahai teman, bergembiralah karena jika engkau pernah sakit maka salah satu tanda penghuni surga ada pada dirimu dan berhati-hatilah wahai saudaraku yang belum pernah merasakan sakit karena Nabi shollallahu ‘alaihi was sallam mengatakan salah satu tanda penghuni neraka adalah orang yang tidak pernah sakit. Mudah-mudahan Allah kumpulkan kita di surgaNya,, Amin. Allahu a’lam.
------------------------------------------------------------------------------------
dan aku terfikir lagi..apakah aku juga antara yang terpilih menerima dugaan sakit dari Allah s.w.t...di hari tua ku..atau sebelum ajal ku....Wallahualam....
Wasalam...

8/28/2011
8/19/2011
Persiapan Syawal : Kenangan Bersama Bapa
Syawal bakal menjelang...Masuk tahun ini sudah hampir 11 tahun bapa meninggalkan kami..
Wahai Allah, ampunilah Allahyarham Ag.Mohd Hussin Ramlee, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya....
Syawal akan datang mengingatkan aku persiapan raya masa bapa masih ada...masa aku dan adik (pello) aku beli baju raya sama bapa...last minit punya pasal...kami beli kain raya di tamu papar...masa tu memang tiada pilihan...bapa pilih kain warna pink untuk pello & orange untuk aku..dengan coraknya macam rumpai laut...dalam hati memang tidak suka..tp si makcik jual kain tu p cakap "ngam warna kain ni sama dorang..dorang putih kan.." terpakai kali bapa..jadi dia kasi beli la...hahahaha...sampai sekarang baju tu masih ada..tp sempit sudah..hahahaha...
Syawal ni juga mengingatkan aku masa kami (aku&pello) beli baju jump-suit..ngam ka tu?kalau mawi panggil bear-bag?time tu kan pemes pesen tu..jadi raya pun pakai baju itula..(raya kedua ah..nda jua raya pertama ber jump-suit..buang tebiat) time tu memang payah cari saiz..sebab kami walaupun masih umur kicil...tapi bdn besar sudah...mmg genetik ok..hahaha...akhirnya bapa kasi beli la jump-suit aku warna cuklit....hehehehe..
Trus masa kici2 dulu kami puasa setengah hari sija...time darjah 3 baru aku puasa penuh ni...bapa nda marah..bapa yg suruh...kunun2 kami kici masih..jadi puasa setengah hari..kalu setengah+setengah jadi 1 hari...azan zuhur kami sungkai sudah..rilek2 shopping di kedai sambil makan..tu penjual kasut tanya "nda puasa ka?" bapa bilang "puasa..setengah hari..masih kici kan" hahahaha..bapa!u're the best!
Kalau kasi beli kami kasut raya mesti ada stokin lagi ni...stokin beropol2..cantik..kamu ada?teda kan..hehehe...(p sekolah pun kami pakai stokin beropol2..masa darjah la...)si pello lagilah..minta beli but merah..paling ulung...tp semat bah..wakakakaka..
Pastu kalau balik kampung..bapa suka bawa balik malam menjelang raya..sebab apa?sebab mau tengok jujul/pelita sepanjang perjalanan di rumah orang...terutama kalau limpas area2 beringgis..sana memang lawa2 dorang susun jujul..sab dengar2 dorang ada pertandingan...sambil2 dengar lagu broery marantika...aiseh..feeling..
Begitulah kenangan bersama bapa time mau raya....sebenarnya banyak lagi...tapi setakat itu dulu lah...dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut lebaran yang bakal menjelang...maafkan segala salah dan silap...zahir dan batin...

8/11/2011
Serba sedikit Dari Tazkirah Yang Aku P Tadi...
Salam...
Rasanya belum terlewat mengucapkan selamat berpuasa....lewat ka?nda bah kan?jadi macam?ada sudah yang pecah puasa?aku bulummmmmmm(dengan bangganya) hahahaha....hari ni kami dengar tazkirah...di office lah...nama ustaz tu?lupa sudah aku...hehehe....
Ada beberapa perkara la yang dibangkitkan...antaranya malam lailatul qadar...iaitu malam seribu bulan..jadi ustaz ni menyingkap kisah lama dengan datuknya...
Datuk: Cu, kalau bulan2 puasa ni...kamu nampak orang muka buruk...jangan kamu lari..peluk dia!lepas tu kamu minta la apa2 yang kamu mahu....
maka si ustaz pun dengan kawan2nya menunggu si muka buruk dengan penuh kusyuk dan tawaduk sampai tarawih,qiamulail pun tertinggal..gara2 mau menunggu si muka buruk..kunun2..mau make a wish la tu...hahahaha
bila si ustaz ni sudah besar..dia tau yang datuknya cakap tu x betul...sebenarnya...malam seribu bulan ini bermaksud...ganjaran yang diterima adalah berkali2 ganda..bayangkan pahala orang beribadah untuk sebulan....tetapi dilipatgandakan menjadi seribu bulan.....bagaimana?
Selepas itu....dibuka sesi soal jawab....seorang perempuan bertanya...."ustaz,macamana kalau perempuan yang datang haid mau beribadah waktu tarikh2 lailatul qadar ni?jadi peluang kami menemui malam ini x adalah?"
Jawapan ustaz lebih kurang begini...."bagus soalan ni....untuk perempuan...memang kamu tidak boleh bersolat,memegang al-Quran, mengaji...tapi kamu boleh berzikir...membaca buku2 agama..ini juga beribadah..."
dalam tazkirah tadi juga...ada beberapa perkara yang dibangkitkan...seperti bidaah...iaitu mengada-adakan perkara yang tidak ada dalam al-Quran dan juga hadith nabi....ustaz memberi contoh yang pernah dilihat dan dengar dari seorang perempuan "saya x boleh masak hari ini" ustaz tanya kenapa "saya haid"...ini salah satu contoh bidaah..yang tidak ada dinyatakan dalam Al-Quran atau pun hadith nabi....
Itulah serba sedikit sedutan dari tazkirah tadi..hehehe...Oklah...sampai di sini sahaja dulu perkongsian kita....nanti kita berjumpa lagi....tata...
wasalam..

8/03/2011
Tidak Ada Definisi Tepat Mengenai CANTIK
Salam...
Secara peribadi saya menyukai artikel ini kerana sememangnya tidak ada definisi tepat yang boleh diberikan berkenaan dengan perkataan CANTIK... setiap orang punya pendapat yang berbeza dan terlalu subjektif untuk diungkapkan. Ada yang bilang cantik itu dari pakaiannya..Ada yang bilang cantik itu dari mekapnya...Ada yang bilang cantik itu dari parasnya...Ada yang bilang cantik itu dari keyakinannya..Kalau saya yang bilang...cantik itu dari rohaninya.. Mari kita sama-sama baca pendapat yang satu ini...^_^
_____________________________________________________________________________________
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)